Salam.. Dah lama saya tak updatekan blog ni.. Hampir terlupa akan kewujudan blog farih fahri ni.. Terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi ziarah ke blog ni.. Seperti blog biskutz, saya juga akan melenyapkan blog ni jugak. Kerana saya nak tumpukan satu blog aje. Bukan lagi blog biskutz, apatah lagi blog farih fahri.. Saya dah buat blog baharu.. kalau ada masa mai lah ke blog saya yang baharu. Klik sini ya..

Kuatkan semangat tu!!! Jangan cepat putus asa. Orang lain boleh, kita pun boleh. Orang lain boleh berjaya kita pun boleh berjaya. Orang lain boleh mendaki gunung hingga ke puncak kita pun boleh lakukan perkara yang sama. Itu semua terpulang pada diri sendiri aje.
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau kita fikirkan negatif, negatiflah jawabnya. Kalau kita fikirkan positif, positiflah akhirnya. Tapi kenapa kita masih nak berfikiran sempit? Kenapa kita masih fikir yang kita tak mampu nak buat? Ingat!! Kita sendiri yang akan menentukan corak hidup kita, bukan orang lain. Allah tak kan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.. (sila betulkan jika saya salah ye..)
Jadi apa tindakan kita selepas ini? Berubahlah wahai manusia-manusia yang berfikiran sempit. Kenapa mesti fikir tak boleh lakukan sesuatu perkara tu? Kita semua boleh lakukan, cuma nak tak nak je. Kalau asyik kata tak boleh, sampai bila-bila pun tak kan bolehnya.. Cuba lah renungkan sejenak. Semut yang begitu kecil Allah jadikan mampu membina kubunya sendiri, mampu mencari makanan untuk keperluan harian.. Tapi.. Kita makhluk yang lebih besar dari semut tu tak mampu nak lakukan seperti semangat semut tu tadi? Kenapa wahai rakan-rakan?
Saya tidak mengata mereka-mereka yang berada di alam maya ini. Memang saya tujukan kepada mereka berada di alam nyata. Kenapa suka sangat menyusahkan perkara yang senang? Kenapa perkara yang senang itu kita tak permudahkan? Kenapa? Kenapa?

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Orang yang rajin selalu mencari jalan tapi orang yang malas sentiasa aje ada alasan. Memang suka sangat memberi alasan. Alasan yang kadangkala tak boleh diterima pakai langsung. Bila buat kerja, nak yang mudah-mudah aje. Tak boleh langsung buat kerja yang susah. Semuanya nak senang, cubalah sentiasa banyak-banyakkan berfikir. Apa gunanya akal yang Allah anugerahkan kepada kita tu? Apa gunanya? Tolonglah wahai rakan-rakanku.. Fikirkanlah yang anda mampu melakukannya. Fikirkan yang anda boleh mengubahnya.. Fikir-fikirkanlah..
Jumpa lagi di lain entry... Daa..

p/s:
Basahi lidahmu dengan zikrullah, segala urusanmu akan sentiasa dipermudahkan.. InshaAllah..
Salam semua, dah lama saya tak 'update'kan blog ni. Maklumlah, buat-buat sibuk lah katakan. Huhuhu.. Dah lama juga saya tak ke blog kengkawan, maklumlah tak ada masa lah kononnya. Huhuhu.. Sekarang tengah cuti sekolah, saya pun sibuk nak cuti juga. InshaAllah ada masa ni, saya berkunjunglah ke blog kengkawan ye.
Semalam tukar rumah baru. Amacam? cantik tak? Rumah saya sekarang ni? Rasa macam jiwang pun ada.. Sebab saya ni mana minat sangat ngan warna-warna jiwang ni.. Huhuhu.. Nanti lah ada masa, nak tukar ke warna hijau lah... Cuma tengah cari masa aja ni.. Sekarang ni, biarlah jadi orang-orang jiwang sekejap..
Nampaknya ada yang menge'tag' saya.. Nant ada masa saya jawab ye tag-tag tu semua.. Tag yang dulu-dulu pun tak langsai lagi.. Tengoklah mana yang saya ingat saya jawablah..
Sekarang kerja-kerja meng'edit' blog ini akan bermula.. Tak habis-habis asyik edit blog aje saya ni.. Dari blog yang dulu sampai sekarang.. Ini lah kerjanya.. huhuhu.. Nak buat macam mana.. Tak pernah serik-serik pun..
Semoga blog ini sentiasa dalam keadaan baik.. InshaAllah...
Jumpa lagi di lain cerita...
p/s: Agak skema apabila menggunakan ayat-ayat yang skema.. Huhuhu..

Manusia tak pernah rasa puas?
Betul ke manusia tak pernah rasa puas?
Mengikut pendapat Farih Fahri... (ecey dah nama farih fahri sekarang...)
Ya.. Manusia memang tak pernah rasa puas.
Bila diberi tulang nak isi..
Bila diberi air putih nak air hitamlah, cokelatlah, hijaulah, birulah, merahlah..
Haish.. Macam-macam....
Bila diberi gula pasir nak gula lolipop..
Bila diberi ayam goreng nak ayam KFC.. (KFC kena boikot ni...)
Bila diberi bihun nak mee kuning..
Bila diberi komputer nak laptop
Bila diberi walkman nak mp3
Bila diberi rumah papan nak rumah batu
Bila diberi kereta sorong nak kereta BMW tak pun honda CRV pun jadi lah..
Bila diberi rumah yang cantik nak lagi rumah yang bertambah cantik +cun melecun lah..
Haish.. Macam-macam..
Sememangnya manusia tak pernah rasa puas..
Seperti saya yang tak pernah nak rasa puas dengan keadaan blog saya yang dulu..
Setiap kali tukar template ada aja yang kurangnya..
Sememangnya tak pernah nak rasa puas..
Bilanya kita nak rasa puas?
Sepatutnya kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada..
Bersyukurlah dengan setiap pemberian dariNYA..
Mungkin apa yang kita ada sekarang ini lebih baik dari apa yang kita inginkan..
Hmmm... Fikir-fikirkanlah..
p/s: Renungan suka suki hanya untuk diri sendiri.... hehehe... peace..
Pos entry hanya untuk meng"update" blog baru..
Ok.. Jumpa lagi di lain entry...

Kenapa dengan nama Farih Fahri? 
Kenapa ya?
Tak ada apa saja tanya?
Huhuhu..
Di blog ini..
Saya menggunakan dengan nama Farih Fahri..
Nama ini terlintas difikiran saya semasa di akhir semester 5.
Tak tahu kenapa..
Macam 'best' bila dengar nama Farih Fahri.
Yang pasti nama ini tiada kaitan dengan sesiapa ya.
Kalau ada pun mungkin itu semua secara kebetulan aja.
Nama Farih.
Nama ini saya ambil dari nama saya sendiri.
Saya singkatkan nama asal saya,
maka terhasillah nama Farih.
Bukan apa..
Teringat seorang kawan yang secara tiba-tiba
memanggil saya dengan nama Farih.
Nama Fahri.
Nama ini pula saya ambil dari hero islamik pujaan ramai.
Nama yang membuatkan novel Ayat-ayat Cinta laris di pasaran.
Hai.. Fahri..
Untungnya kalau dapat pasangan seperti Fahri..
Tapi siapalah saya untuk mendapat pasangan seperti Fahri..
Berangan aje lebih.. Huhuhu...
Itu aje ceritera dari saya..
Ada masa saya tambah lagi ya..
Sekian.. Daa...
p/s: ada ke orang bertandang ke blog saya yang tak seberapa ni?

Subscribe to:
Posts (Atom)